Friday, October 16, 2009

Mati.!!! Hidup kembali...

Assalamualaikum...

Salam bertemu kembali utk semua rakan2 seperjuangan.Sungguh diri telah dileka oleh duniawi.Setelah lame "Mati" dan kini telah "hidup" kembali pena ini untuk sama2 kita berkongsi ape yang baik dan memberi teguran dan nasihat bagi yang buruk.Sebenarnya sangat banyak idea dan pandangan yang terlintas dalam fikiran tetapi diri ini di rasakan tidak layak memberi nasihat dan pandangan...

Terima kasih buat rakan2 yang masih terus dalam perjuangan dan terus "push" blog ini untuk terus dalam pena nya...Insya-Allah..Setelah hidup kembali blog ini..Tidak akan mati untuk kali ke-2..hehe..

Monday, May 11, 2009

Kenangan dan Pengalaman




Tanggal 9 mei 2009 ada satu tarikh yang mungkin tidak akan aku lupakan...Dimana aku diuji oleh keyakinan dan kesungguhan diriku dalam menjayakan satu program yang berprestij yang mana julung kali nya aku ditwarkan untuk menjadi salah seorang 'usher' untuk majlis sebesar ini iaitu 'KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS' (KBAZ) yang diadakan Dewan Merdeka PWTC...

Selama seminggu aku bermonolog dengan diriku tentang tanggungjawab yang akan aku pikul nanti...Adakah aku mampu untuk betul-betul memberi komitmen dalam majlis ini nanti? Bercampur-baur perasaan ini, kekadang rasa teruja,risau ,tak layak dan sewaktu dengannya tetapi aku menganggap ini adalah satu peluang untuk aku menimba pengalaman dari program sehebat ini...

Aku dan rakan lain mula teruji apabila mempromosikan seminar(KBAZ) ini serata tempat...macam-macam ragam dan respon yang diberikan oleh orang ramai tentang seminar ini...ada yang mengatakan tidak perlu untuk membazir wang,tenaga,masa dan sebagainya kerana benda ini tidak selesai selagi pihak arab tidak bersatu dan semua orang sudah tahu mengenai benda ini...memang agak panas telinga dan kecewa mendengarnya kerana ada lagi orang yang faham agama boleh berkata sebegitu...dan tidak kurang juga orang yang bersemangat untuk bertanya dan mengetahui lebih details tentang program ini...Alhamdulillah,promotion untuk seminar ini dikira hampir berjaya kerana peserta yang mendaftar sudah hampir kepada bilangan sasaran ...

Semestinya program sebesar ini memerlukan pengorbanan yang cukup besar juga...aku dimaklumkan bahawa semua ahli pihak penganjur begitu hebat melakukan persiapan sehinggakan ada yang sampai hampir 2malam lebih tidak tidur...disini aku amat terpegun dengan kesungguhan mereka dimana kebanyakan dari mereka adalah golongan yang sudah berumahtangga ,ahli profesional dan student...dalam kekangan masa dengan tugas masing2 tetapi masih boleh memberi hampir 100% komitmen untuk menjayakan program ni..sangat mengkagumkan...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana banyak kerja yang dipermudahkan oleh-Nya untuk kami pihak PEMBINA UIA PJ untuk mendapatkan kebenaran promotion dan kemudahan bas untuk memudahkan perjalanan student CFSIIUM untuk pergi ke program tersebut..sambutan dalam kalangan pelajar tidak kurang juga hebatnya kerana kami berjaya menghantar 2buah bas peserta dari CFSIIUM...

Hari yang mungkin bersejarah bagi kami(PEMBINA) sudah tiba...aku dan rakan-rakan yang menjadi 'usher' untuk program ini pergi lebih awal dari rakan-rakan CFSIIUM kerana perlu mendengar taklimat tentang program yang akan berlangsung pada esok hari nya.kami dibahagikan group dan diberi tugas masing-masing...persiapan selesai hampir pukul 2pagi...



Program bermula dengan ketibaan peserta dan VIP pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang dengan 3 pembentangan kertas kerja dari speaker yang dijemput khas...keadaan begitu sesak di kaunter pendaftaran dengan jumlah pserta yang mendaftar hampir mencecah 3000 orang lebih...disini lah pihak urusetia teruji untuk mengurus keadaan yang begitu sesak semasa pendaftaran,minum pagi dan waktu makan tengah hari...kami perlu memastikan pergerakan peserta lancar dan mengikut masa yang telah di tetapkan...walaupun keadaan tidak sepenuh terkawal tetapi progress dari awal hingga akhir program berjalan dengan lancar...

Dalam kesempatan yang ada,program ini saya ibaratkan juga sebagai "gathering"kerana dapat berjumpa sahabat-sahabat yang telah lama berpisah,ustaz-ustaz dan sewaktu dengannya...berasa puas dan gembira apabila program ini berjaya dilangsungkan...sungguh banyak pengalaman yang dapat pelajari dari program ini kenangan yang mungkin tidak akan aku lupakan...ucapan sekalung TAHNIAH kepada pihak penganjur (PEMBINA & AMAN PALESTINE) kerana berjaya menjayakan program(KBAZ) yang berprestij ini...

Sunday, May 10, 2009

Muqaddimah


Allhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat jua untuk 'publish post' yang pertama

ini walaupun telah lama 'create blog' ini dan dibiarkan ia ber'hibernasi' sekejap... Terbuka pintu

hati ini untuk menyampaikan risalah dalam bentuk cyber apabila melihat rakan-rakan

seperjuangan yang begitu bersemangat dan tinggi semangat juang dalam menyambung dan

menyebar risalah junjungan besar Rasulullah s.a.w...

"Assalamualaikum, enta tengah 'post' blog baru ke?" sapa diriku kepada 'roomate'ku yang

sedang khusuk berkarya depan laptopnya untuk 'publish post'yang baru dalam

blognya." Erm, ana nak cuba menulis pena sendiri sebab sebelum ni asyik 'copy n paste' je, tak

sedap pula rasanya sebab bukan dari ilham kita sendiri"... Panggailan 'ana, enta' memang biasa

digunakan oleh 'student' UIA... "enta ada blog tak?kalo ada boleh ana add kat 'link' ana ni." malu

rasanya untuk aku menjawab soalnnya itu...Aku merasakan diri ini hanya banyak bercakap

tanpa usaha yang sebenar untuk melakukan secara praktikal apa yang diperkatakan..." kita

tidak semestinya hanya mengedar risalah, bagi tazkirah,hadiri usrah dan sebagainya untuk

berdakwah tetapi kita juga perlu peka dan bijak menggunakan teknologi yang ada... Dalam

keadan kita sekarang sebagai student,memang amat banyak kekangan masa untuk kita aktif

fulltime dalam kerja dakwah ni.. So, ini salah satu cara untuk kita terus menjalankan

tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah untuk memikul risalah-Nya dan

diharap amal yang kecil ni kita diganjari pahala dan barakah dari-Nya"... Sungguh panjang-lebar

dan bersemangat dia ber'tazkirah'...terlopong aku sekejap mendengar penjelasannya... bermula

lah dari situ untuk cuba create blog sendiri dan alhamdulillah selepas lama ia 'berhibernasi',dapat

jua ilham untuk post blog ini....


Diharap segala tunjuk ajar dan teguran yang bernas dan membina dari pembaca untuk saya

banyak muhasabah dan memperbaiki diri ini ke arah yang lebih baik...