Monday, May 11, 2009

Kenangan dan Pengalaman




Tanggal 9 mei 2009 ada satu tarikh yang mungkin tidak akan aku lupakan...Dimana aku diuji oleh keyakinan dan kesungguhan diriku dalam menjayakan satu program yang berprestij yang mana julung kali nya aku ditwarkan untuk menjadi salah seorang 'usher' untuk majlis sebesar ini iaitu 'KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS' (KBAZ) yang diadakan Dewan Merdeka PWTC...

Selama seminggu aku bermonolog dengan diriku tentang tanggungjawab yang akan aku pikul nanti...Adakah aku mampu untuk betul-betul memberi komitmen dalam majlis ini nanti? Bercampur-baur perasaan ini, kekadang rasa teruja,risau ,tak layak dan sewaktu dengannya tetapi aku menganggap ini adalah satu peluang untuk aku menimba pengalaman dari program sehebat ini...

Aku dan rakan lain mula teruji apabila mempromosikan seminar(KBAZ) ini serata tempat...macam-macam ragam dan respon yang diberikan oleh orang ramai tentang seminar ini...ada yang mengatakan tidak perlu untuk membazir wang,tenaga,masa dan sebagainya kerana benda ini tidak selesai selagi pihak arab tidak bersatu dan semua orang sudah tahu mengenai benda ini...memang agak panas telinga dan kecewa mendengarnya kerana ada lagi orang yang faham agama boleh berkata sebegitu...dan tidak kurang juga orang yang bersemangat untuk bertanya dan mengetahui lebih details tentang program ini...Alhamdulillah,promotion untuk seminar ini dikira hampir berjaya kerana peserta yang mendaftar sudah hampir kepada bilangan sasaran ...

Semestinya program sebesar ini memerlukan pengorbanan yang cukup besar juga...aku dimaklumkan bahawa semua ahli pihak penganjur begitu hebat melakukan persiapan sehinggakan ada yang sampai hampir 2malam lebih tidak tidur...disini aku amat terpegun dengan kesungguhan mereka dimana kebanyakan dari mereka adalah golongan yang sudah berumahtangga ,ahli profesional dan student...dalam kekangan masa dengan tugas masing2 tetapi masih boleh memberi hampir 100% komitmen untuk menjayakan program ni..sangat mengkagumkan...

Syukur kepada Allah S.W.T kerana banyak kerja yang dipermudahkan oleh-Nya untuk kami pihak PEMBINA UIA PJ untuk mendapatkan kebenaran promotion dan kemudahan bas untuk memudahkan perjalanan student CFSIIUM untuk pergi ke program tersebut..sambutan dalam kalangan pelajar tidak kurang juga hebatnya kerana kami berjaya menghantar 2buah bas peserta dari CFSIIUM...

Hari yang mungkin bersejarah bagi kami(PEMBINA) sudah tiba...aku dan rakan-rakan yang menjadi 'usher' untuk program ini pergi lebih awal dari rakan-rakan CFSIIUM kerana perlu mendengar taklimat tentang program yang akan berlangsung pada esok hari nya.kami dibahagikan group dan diberi tugas masing-masing...persiapan selesai hampir pukul 2pagi...



Program bermula dengan ketibaan peserta dan VIP pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang dengan 3 pembentangan kertas kerja dari speaker yang dijemput khas...keadaan begitu sesak di kaunter pendaftaran dengan jumlah pserta yang mendaftar hampir mencecah 3000 orang lebih...disini lah pihak urusetia teruji untuk mengurus keadaan yang begitu sesak semasa pendaftaran,minum pagi dan waktu makan tengah hari...kami perlu memastikan pergerakan peserta lancar dan mengikut masa yang telah di tetapkan...walaupun keadaan tidak sepenuh terkawal tetapi progress dari awal hingga akhir program berjalan dengan lancar...

Dalam kesempatan yang ada,program ini saya ibaratkan juga sebagai "gathering"kerana dapat berjumpa sahabat-sahabat yang telah lama berpisah,ustaz-ustaz dan sewaktu dengannya...berasa puas dan gembira apabila program ini berjaya dilangsungkan...sungguh banyak pengalaman yang dapat pelajari dari program ini kenangan yang mungkin tidak akan aku lupakan...ucapan sekalung TAHNIAH kepada pihak penganjur (PEMBINA & AMAN PALESTINE) kerana berjaya menjayakan program(KBAZ) yang berprestij ini...

5 comments:

  1. prestij..prestij..
    wah, mengganas plak ye..
    satu hari sampai 2 post..
    hari tu senyap sangat..
    hee...

    ReplyDelete
  2. tahniah...anda dh mula post...sdh lama beta mnunggu...slps ni beta tnpa segan silu untuk meng ADD blog ni...hahahah

    ReplyDelete
  3. Tahniah ya akhi… Ana kagum dengan ikhwah yang bertugas sebagai ushers & usherettes semasa KBAZ hr tu… Penganjuran yang sangat berjaya.

    ReplyDelete